Wednesday, February 10, 2010

VISI

“ Menjadi guru yang berinovatif, berfikiran terbuka serta mempunyai kemahiran dalam teknologi maklumat. Seiring dengan matlamat menjadikan guru beraspirasi pada tahun 2015”

OBJEKTIF

1. Membersihkan bilik guru.
2. Menyusun atur bilik guru.
3. Menceriakan bilik guru.
4. Menjadikan guru yang suka akan kebersihan sejagat
5. Menanam sikap rasa sayang terhadap bilik guru dan menghargai tempat duduk yang diberikan.
6. Mewujudkan sikap guru yang bertanggungjawab terhadap persekitaran. Sejajar dengan moto sekolah cemerlang, gemilang terbilang.
7. Membentuk kerjasama antara guru, kakitangan, pelajar dan masyarakat.
8. Melahirkan kumpulan kerja yang mahir dalam program bestari.
9. Sentiasa peka akan kebajikan dan keperluan guru.
10. Membentuk warga berilmu.

PENGENALAN

Program Keceriaan Bilik Guru adalah untuk meningkatkan keselesaan guru ketika berada di dalam bilik ini bertujuan menceriakan bilik guru dan meningkatkan kebersihan bilik guru. Bilik guru merupakan tempat untuk tenaga pengajar berehat sambil menyiapkan tugasan-tugasan harian. Sejajar dengan itu, bilik guru seharusnya berada di dalam keadaan kondusif dan selesa agar tumpuan lebih dapat diberikan oleh para guru dalam menyempurnakan tugas harian. Oleh itu semua guru sewajar menitik beratkan aspek kebersihan dan keselesaan di dalam bilik guru.
Di harapkan semua guru bekerjasama dalam mempertingkatkan kebersihan dan keselesaan bilik guru. Bilik yang bersih dan ceria dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru ini kerana agama islam amat menitikberatkan kebersihan. Oleh itu, sekiranya bilik guru bersih melambang guru yang bersih, suci hati dan fikiran dalam membentuk sahsiah diri murid di samping menjana minda yang bersih.